SEJARAH GIATMARA IPOH BARAT
Pusat GIATMARA Ipoh Barat telah beroperasi pada bulan Mei
2004. Pada bulan dan tahun tersebut GIATMARA Ipoh Timur yang beralamat di No 5,
Jalan Zarib 8, Kawasan Perindustrian Zarib, 31500. Dengan jumlah kakitangan
seramai 6 orang. Pengambilan pelatih sulung adalah pada sesi Julai-Disember
2004. Seramai 14 orang pelatih telah berpeluang mengikuti dalam bidang CEIT
(Consume Electronics & Information Technology). Seterusnya jumlah kemasukan
pelatih meningkat kepada 19 orang pada sesi Januari-Jun 2005.
Untuk pengambilan sesi Julai-Disember 2005, seramai 27
orang pelatih telah dipilih.Pada sesi Jan-Jun 2006, seramai 34 orang pelatih
telah dipilih. Pada bulan Jun 2006, GIATMARA Ipoh Timur telah ditukarkan lokasi
bertempat di No 155, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300, Ipoh, Perak dan pada tahun
2008 telah ditukarkan nama dari GIATMARA Ipoh Timur ke GIATMARA Ipoh Barat
serta menawarkan bidang TSK iaitu Teknologi Sistem Komputer